BERITA UTAMA

8,900 wanita Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu

BANDARAYA GAZA – Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Oktober lalu, menurut pejabat media Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Wanita Sedunia, pejabat itu menekankan ‘penghinaan’ berterusan terhadap wanita oleh tentera rejim.

“Hari yang disambut di seluruh dunia itu bertepatan dengan pembunuhan kejam tentera penceroboh terhadap wanita Palestin dalam perang genosid Israel dengan dunia menyaksikannya tanpa mengambil tindakan,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media berkata, sejak meletusnya konflik di wilayah yang terkepung, lebih 23,000 wanita cedera, 2,100 lagi hilang dan lebih setengah juta kehilangan tempat tinggal.

Kira-kira 60,000 wanita hamil terdedah kepada risiko tanpa rawatan perubatan mencukupi, dengan ratusan lagi kehilangan anak akibat pengeboman Israel.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini membunuh hampir 30,700 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Menurut kumpulan Palestin, pasukan keselamatan rejim turut menahan ribuan penduduk Palestin dalam tempoh sama. – BERNAMA

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *