KLANG – Seorang penyelia pengawal keselamatan cedera selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat oleh suspek tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Mokhtar, Kapar dekat sini, petang semalam.
Mangsa yang berusia 46 tahun itu ditembak di tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan kini dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, pihaknya menerima maklumat kejadian itu dari Klinik Kesihatan Kapar yang menerima seorang pesakit warga tempatan mengalami kecederaan akibat ditembak pada jam 4.54 petang.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di HTAR.
“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Rao, setakat ini lima lelaki berusia antara 40 hingga 45 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-519 7913. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com