BERITA UTAMA

2 maut kemalangan lori di Lebuhraya PLUS

GOPENG – Sebuah lori muatan sangkar ayam terbakar dan dua penumpang termasuk seorang pemandu maut.

Dalam kejadian di KM294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Gopeng itu, lori berkenaan berlanggar dengan sebuah lori muatan batu dalam kejadian kira-kira 9 pagi.

Pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Simpang Pulai digerakkan ke lokasi bersama jentera sebaik menerima panggilan pada jam 9.10 pagi.

Komander Operasi, PBK II Wan Mohd Fadzil Wan Hamzah berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori muatan sangkar ayam yang mengalami kebakaran sehingga 40 peratus dan melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan batu.

“Tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu. Dua tersepit dalam lori muatan sangkar ayam dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

“Namun, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM.

“Manakala, pemandu lori muatan batu terselamat. Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *