Bukit Aman rakam percakapan CheguBard, Zahid

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengesahkan telah merakam percakapan aktivis Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard dan Zahid Mat Arip bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mereka mempersoalkan isu pemberian kereta oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka disiasat bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana mempersoalkan isu itu yang telah dimuatnaik di media sosial TikTok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *