BERITA UTAMA

Wan Saiful MP sensasi wajib digantung – Puad

KUALA LUMPUR – Wan Saiful Wan Jan disifatkan sudah hilang akal apabila menuduh tanpa bukti kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perasuah yang mengadap Yang di-Pertuan Agong setiap minggu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memang pencari sensasi dengan membuat tuduhan tanpa asas.

“Dia memang wajar digantung enam bulan. Sepatutnya keistimewaan Ahli Parlimen juga wajar digantung. MP kaki temberang wajib dihukum berat.

“Dia pernah mendakwa kononnya cuba disogok RM1.7 juta untuk sokong Perdana Menteri. Dia tambah sensasi kononnya pegawai SPRM hubungi dia tidak sampai sejam selepas buat sensasi itu.

“Tetapi, sampai sekarang dia masih membisu bila dicabar SPRM untuk dedah nama pegawai SPRM itu. Dia menghina Parlimen jika berbohong,” katanya menerusi entri terbaharunya di Facebook.

Semalam, media melaporkan, kerajaan berhasrat menggantung anggota Parlimen Bersatu itu daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan kerana mendakwa Anwar menyalahgunakan kuasa.

Menurut kertas aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan usul untuk menggantung Wan Saiful hari ini.

Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan tamat pada jam 12 tengah hari.

Wan Saiful membuat kenyataan tersebut Rabu lalu ketika membahaskan titah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di parlimen.

Menurut Puad, sebab itu penggantungan Wan Saiful wajar kerana Parlimen bukan tempat maksiat untuk berbohong. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *