Syarikat kapal Mirzan disiasat SPRM?

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sedang menyiasat semua penerima bantuan kewangan korporat era mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut laporan CNA, siasatan turut termasuk bantuan pengambilalihan aset perkapalan anaknya, Mirzan pada Mac 1998 yang bernilai RM836 juta oleh Petronas.

Turut disiasat dana RM1.79 bilion untuk mengambilalih kepentingan Tan Sri Tajuddin Ramli di Malaysia Airline System (MAS).

Siasatan ke atas suntikan dana Petronas kepada Konsortium Perkapalan Berhad yang sahamnya dimiliki 51 peratus oleh Mirzan juga bermasalah untuk Dr. Mahathir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ini kerana, Petronas memberikan laporan langsung kepada Dr. Mahathir dan semua pelaburan, pembelian serta penyahlaburan perlu mendapat persetujuan perdana menteri dan lembaga pengarah ketika itu.

Siasatan SPRM terhadap pengambilalihan MAS oleh kerajaan turut dikatakan berkaitan dengan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

SPRM sedang meneliti punca di sebalik keputusan kerajaan membayar premium tinggi untuk 29 peratus kepentingan ekuiti yang dipegang Tajudin.

Badan antirasuah itu juga sedang menyiasat aktiviti korporat platform dagangan Singapura – Central Limit Order Book (CLOB) dan pengambilalihan Multi-Purpose Holdings Bhd lewat 1990-an.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Siasatan ke atas dua kes ini dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Singapura, Akbar Khan yang rapat dengan Daim. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *