BERITA UTAMA

Sektor makanan, minuman tiada kenaikan SST

KUALA LUMPUR – Sektor makanan dan minuman tidak terlibat dengan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan.

KPDN turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan sebarang tindakan kenaikan harga tidak wajar yang dikenal pasti dan siasatan serta-merta akan dilakukan di premis terlibat.

Mereka boleh mengemukakan aduan menerusi aplikasi WhatsApp pada nombor 019-848 8000 / 019-279 4317; portal e-Aduan KPDN melalui pautan http://eaduan.kpdn.gov.my; pusat panggilan: 1-800-886-800 atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Bermula 1 Mac lalu, kadar baharu SST naik kepada lapan peratus berbanding enam peratus sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *