Anwar umum tiga ketetapan perkukuh pasak ekonomi negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh tiga ketetapan bagi menyambut beberapa aspirasi yang diutarakan pelbagai pihak sepanjang tiga hari Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 berlangsung.

Beliau berkata, tiga ketetapan itu ialah memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.

Berucap pada majlis penutup KEB 2024 petang ini, Anwar turut mengumumkan lapan keputusan penting bagi mengangkat martabat dan darjat golongan Bumiputera di Malaysia.

Keputusan itu ialah, pertama, memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan Generasi Baharu Usahawan Bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kedua, Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu dengan sasaran membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik. Kerajaan juga akan memastikan pemilikan sejumlah 200 ekar tanah Kerajaan, termasuk 50 ekar tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu.

Ketiga, melatih kira-kira 100,000 pelatih TVET dalam tempoh lima tahun termasuk menyediakan tawaran pekerjaan dengan sasaran gaji sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan menerusi kerjasama syarikat GLIC dan GLC serta syarikat swasta terpilih.

Keempat, menubuhkan Wakaf MARA MADANI dengan peruntukan RM100 juta sebagai geran pelancaran. Kerajaan turut bersetuju melanjutkan potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kelima, bagi mendukung pembangunan vendor tempatan, Kerajaan akan menambah baik insentif cukai serta menyediakan tabung geran padanan sebanyak RM100 juta bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta melaksanakan program pembangunan vendor. Ini turut melibatkan kelompok miskin di kawasan desan dan pedalaman serta kawasan FELDA.

Keenam, bagi memartabat dan menyokong hasil seni para pengusaha tempatan, bermula hari ini semua kementerian dan agensi kerajaan serta syarikat GLC hanya dibenarkan membeli cenderahati hasil seni yang diusahakan oleh pengusaha Bumiputera.

Ketujuh, mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro Bumiputera sehingga RM1 bilion melalui Institusi Kewangan Pembangunan seperti BSN, Agrobank, dan TEKUN Nasional bagi menyediakan sokongan kepada pelbagai segmen usahawan Bumiputera; dan

Kelapan, mewujudkan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak pekerja gig.

“Marilah kita bersatu padu untuk memulihkan ketempangan dalam sosioekonomi Bumiputera ke arah mencapai wadah ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

“Saya juga tekankan bahawa dasar afirmatif tetap akan diteruskan bagi memastikan keadilan sosial untuk memastikan tiada golongan yang tertinggal, terutamanya kumpulan rakyat termiskin,” katanya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *