BERITA UTAMA

Amanah Kelantan selesai umum kepimpinan sesi 2023/2026

KOTA BHARU – Mesyuarat pertama Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan sebulat suara bersetuju dengan barisan kepimpinan parti di peringkat negeri itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Adly Zahari diadakan dalam tempoh 21 hari selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dan mengadakan persidangan kali pertama semalam.

Mesyuarat dihadiri semua ketua dan Setiausaha Kawasan serta Ketua dan Setiausaha sayap negeri melibatkan AWAN, Pemuda dan WARDA.

Berikut adalah nama yang diputuskan secara sebulat suara bagi memegang jawatan Amanah Kelantan untuk sesi 2023/2026:

Speaker, Khairul Azmi Ahmad; Timbalan Speaker, Nik Kamarazaman Nik Yahya; Pengerusi, Adly Zahari; Timbalan Pengerusi, Abdul Kadir Othman; Naib Pengerusi 1, Che Ibrahim Mohamed; Naib Pengerusi 2, Nik Faizah Nik Othman; dan Naib Pengerusi 3, Dr. Wan Shah Jihan Wan Din.

Turut disenaraikan, Dr. Hafidzah Mustakim selaku Ketua AWAN, Mohd Zulhazmi Hassan (Ketua Pemuda), Ratna Salsabella Ismail (Ketua WARDA), Mohd Noor Yazid (Setiausaha), Mohd Hamzi Mahmood (Penolong Setiausaha 1), Ismail Ghani (Bendahari), Zahari Mohd Sidik (Pengarah Komunikasi), dan Mohd Khir Zahri Abd. Ghani (Pengarah Pilihan Raya).

Che Mat Isa Che Dir dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan Dr. Mohd Sharani Mohd Naim selaku Pengarah Hal Ehwal Syariah. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *