Ulu Al-Albab Dan Hikmah Dalam Melahirkan Generasi Masa Depan

Oleh Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim

DALAM al-Qur’an, Allah SWT menyebut tentang hikmah atau kebijaksanaan sebanyak 18 kali.

Di antaranya, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 269 yang bermaksud: Allah memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki, dan siapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang yang menggunakan akal fikiran (Ulu Al-Bab).

Dalam hal ini al-Quran memberikan kedudukan yang tinggi kepada hikmah. Golongan Ulu al-Albab pula dianggap sebagai mereka yang mengambil pengajaran daripada perkara tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Para nabi dianugerahi hikmah oleh Allah SWT bersama dengan kitab. Umpamanya, Nabi Ibrahim AS (surah al-Nisa’: 54), Nabi Daud AS (al-Baqarah:251) dan Nabi Isa AS (al-Ma’idah:110) telah diberikan hikmah oleh Allah SWT. Demikian juga Luqman al-Hakim turut dikurniakan hikmah (Luqman:12).

Sebagai Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW turut dianugerahkan hikmah oleh Allah SWT dan di antara tugasnya ialah untuk mengajarkan hikmah kepada golongan beriman (Ali-Imran:164).

Berkaitan dengan hikmah, Nabi SAW bersabda: Hikmah adalah perkara berharga yang hilang daripada orang mukmin. Di mana pun dia menemukannya, dia paling berhak mengambilnya (Al-Tirmizi).

Hadis tersebut menunjukkan bahawa hikmah itu sesuatu yang hilang daripada orang Mukmin dan di mana sahaja dia menemuinya dia berhak mengambil perkara tersebut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ianya bermaksud yang perkara benar, berharga dan berfaedah. Ia meliputi perkara yang luas, seperti ilmu, peralatan, dan teknologi yang bermanfaat.

Apabila karya daripada Greek diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, sarjana Islam menemui satu ilmu baharu yang unik, iaitu falsafah.

Falsafah bermaksud cinta kepada hikmah (hubb al-hikmah). Pengetahuan sarjana Islam tentang kedudukan hikmah dalam al-Quran telah mendorong mereka untuk meneliti kandungan ilmu tersebut dengan lebih mendalam.

Lalu, mereka menemui pelbagai ilmu baharu yang berfaedah dalam falsafah, seperti fizik, biologi dan matematik. Hal ini seterusnya melahirkan pelbagai disiplin ilmu, seperti perubatan, kejuruteraan dan politik.

Berdasarkan panduan daripada al-Quran dan Sunnah, para sarjana Islam menggunakan metodologi hikmah untuk berurusan dengan ilmu baharu yang datang daripada tamadun lain seperti Greek, India dan Parsi.

Ibn Sina, umpamanya, mempelajari ilmu perubatan daripada karya Galen; Imam al-Ghazali menekuni mantik daripada karya Aristotle, dan al-Farabi meneliti karya politik Plato.

Sarjana yang lain seperti al-Biruni dan al-Khawarizmi pula membangunkan asas astronomi dan algoritma daripada karya matematik sarjana India.

Sarjana Islam silam di atas mengintegrasikan ilmu-ilmu tersebut berdasarkan panduan daripada al-Quran dan Sunnah.

Pencarian hikmah tersebut telah menyebabkan umat Islam pada zaman tersebut mampu untuk membina satu tamadun yang hebat mencapai era kegemilangan dan menjadi peneraju kepada tamadun manusiawi.

Itulah sebahagian hasil daripada pendekatan hikmah Ulu al-Albab yang dipuji oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dengan menggunakan panduan daripada al-Quran dan Sunnah serta metodologi penilaian yang objektif, mereka mampu membezakan kebenaran daripada kebatilan, juga perkara yang bermanfaat daripada yang mudarat.

Mereka menghargai ilmu, kebijaksanaan dan kebenaran biarpun dari mana sumbernya. Semoga pendekatan Ulu al-Albab berkenaan hikmah menjadi panduan dalam mendidik dan melahirkan generasi Ulu al-Albab di negara kita, bagi menuju kegemilangan tamadun pada masa hadapan.

Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim merupakan Profesor Program Akidah dan Kajian Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Unversiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *