Noor Hariri Desak Anwar Jelaskan Isu Penyahklasifikasian Minit Lembaga Pengampunan

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu tampil memberikan penjelasan secara terbuka berhubung tindakan penyahklasifikasian dan pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Anwar tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab politik dan pentadbiran memandangkan beliau mengetuai kerajaan serta bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran negara.

Menurutnya, rakyat berhak mengetahui pihak mengarahkan penyahklasifikasian dokumen berkenaan, asas perundangan digunakan serta sama ada tindakan itu dilaksanakan mengikut prosedur dan tatacara kelulusan ditetapkan.

Beliau berkata, perkara itu bukan sekadar urusan pentadbiran biasa kerana ia membabitkan dokumen rasmi berkaitan prosiding sebuah institusi penting dalam sistem pemerintahan negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, sekiranya penyahklasifikasian dilakukan tanpa kelulusan atau proses sewajarnya, ia menimbulkan persoalan serius mengenai tadbir urus kerajaan, keselamatan dokumen rasmi serta pematuhan terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Perdana Menteri perlu bertanggungjawab memastikan tiada pihak menggunakan kedudukan dan kuasa kerajaan secara sewenang-wenangnya dalam perkara yang menyentuh institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam kenyataan media.

Noor Hariri turut melahirkan kebimbangan apabila pendedahan kandungan minit berkenaan membuka ruang kepada pihak tertentu untuk menghina, memperlekeh dan mempersoalkan kewibawaan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengingatkan, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan sebagai sebahagian daripada prerogatif perlembagaan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Justeru, katanya, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan tidak seharusnya dijadikan modal politik sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap kebijaksanaan dan kewibawaan Seri Paduka Baginda.

Beliau turut mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam soal ketelusan apabila dokumen berkaitan proses pengampunan tertentu boleh didedahkan kepada umum tanpa penjelasan menyeluruh mengenai implikasi tindakan itu terhadap institusi Diraja dan kepentingan perlembagaan negara.

“Ketelusan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan prinsip kerahsiaan, kewibawaan institusi negara dan keluhuran Perlembagaan.

“Rakyat berhak mengetahui sama ada penyahklasifikasian ini dibuat melalui proses yang sah, siapa yang meluluskannya dan bagaimana kandungan minit tersebut boleh tersebar kepada pihak luar,” katanya.

Sehubungan itu, Noor Hariri mendesak Anwar memberikan penjelasan terbuka, selain menggesa satu siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyahklasifikasian serta penyebaran dokumen berkenaan.

Katanya, siasatan itu penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil mematuhi undang-undang dan tidak dipengaruhi kepentingan politik kepartian.

“Jangan sampai kepentingan politik mengatasi kepentingan negara serta penghormatan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Institusi Raja-Raja Melayu bukan alat politik, Perlembagaan bukan bahan percaturan dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong wajib dihormati serta dipelihara oleh setiap lapisan kepimpinan negara,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *