24 mayat ditemukan dalam kebakaran kilang gula-gula Indonesia, 30 masih hilang

JAKARTA – Angka korban kebakaran sebuah kilang gula-gula di wilayah Banten dijangka meningkat selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan 24 mayat di lokasi kejadian, manakala kira-kira 30 individu masih belum dapat dikesan.

Menurut polis Indonesia pada Ahad, kebakaran yang tercetus Sabtu malam itu belum berjaya dipadamkan sepenuhnya, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat terpaksa diteruskan dalam keadaan sukar.

Operasi berkenaan dijadual disambung semula pagi ini, namun pasukan penyelamat berdepan risiko runtuhan struktur bangunan, selain beberapa bahagian kilang masih berasap.

Polis berkata, keadaan mayat yang ditemui menyukarkan proses pengecaman kerana kesan kebakaran teruk menyebabkan identiti mangsa tidak dapat dipastikan secara visual. Justeru, jumlah sebenar korban belum dapat disahkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagi membantu proses mengenal pasti mangsa, sampel DNA sedang dikumpulkan daripada ahli keluarga individu yang dilaporkan hilang. Proses itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu.

Pihak kilang dalam satu kenyataan memaklumkan kira-kira 300 orang berada di premis berkenaan ketika kebakaran berlaku.

Perkembangan terbaharu itu menyusuli laporan awal yang mengesahkan tiga kematian sejurus selepas kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *