Kadar permulaan GST 3 peratus memadai jika dilaksana semula

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang bakal mentadbir negara disaran mempertimbangkan kadar permulaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada paras rendah.

Kadar yang dicadangkan ialah tiga peratus, sekiranya sistem percukaian itu dilaksanakan semula, bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, berkata penetapan kadar pada paras tiga peratus dilihat lebih memadai berbanding enam peratus sebelum ini.

Ini kerana harga barangan keperluan ketika ini sudah terlalu tinggi berbanding tahap pendapatan rakyat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kenaikan kos sara hidup yang ketara bukan saja menekan golongan pengguna, malah turut menjejaskan peniaga apabila kuasa beli masyarakat merosot sehingga menyebabkan perniagaan menjadi perlahan.

“Sekiranya GST ini mampu mengurangkan beban rakyat, kenakan pada kadar peratusan yang rendah iaitu tiga peratus sebagai permulaan.

“Pada masa sama, kita berharap pengecualian penuh diberikan terhadap barangan keperluan asas serta pembelian membabitkan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan tanggungan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk mengembalikan pelaksanaan GST sekiranya gabungan itu kembali menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan GST sebagai sistem percukaian yang lebih adil dan berfokus berbanding Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini.

Beliau berkata, GST dilaksanakan di lebih 170 negara dan wajar dikembalikan kerana Malaysia dilihat ketinggalan berbanding negara lain yang menggunakan sistem percukaian berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai perbandingan antara GST dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Mohamad Yusrizal berkata, sistem SST yang dilaksanakan ketika ini bersifat cukai bertindih atau berganda di setiap peringkat rantaian bekalan.

Katanya, cukai lapan peratus yang dikenakan daripada pengilang kepada pemborong dan seterusnya kepada peruncit menyebabkan harga akhir barang meningkat secara berperingkat.

“Sebaliknya, asas pelaksanaan GST membolehkan pengilang dan pemborong menuntut semula cukai input mereka, menjadikan kaedah pengiraannya lebih telus dan adil.

“Namun, kekeliruan timbul sebelum ini akibat kekurangan penerangan yang jelas kepada pengguna, selain paparan jumlah cukai secara terperinci pada setiap resit pembelian membuatkan rakyat berasa lebih terbeban berbanding SST yang cukainya terselindung dalam harga jualan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mengambil langkah kawalan yang lebih proaktif bagi membendung sebarang cubaan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.

“KPDN sudah mempunyai peruntukan undang-undang melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh diguna pakai sepenuhnya untuk mengekang kegiatan pencatutan, sekali gus melindungi hak pengguna,” katanya. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *