Doktor, bukan penanggung insurans, tentukan kejayaan rawatan – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR: Doktor dan pemimpin klinikal perlu terbabit menentukan ukuran kejayaan rawatan ketika Malaysia beralih kepada sistem penjagaan kesihatan berasaskan nilai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, maksud “hasil rawatan yang baik” tidak seharusnya ditentukan secara bersendirian oleh pengawal selia atau syarikat insurans kerana keputusan klinikal dibuat oleh doktor yang berhadapan secara langsung dengan pesakit.

“Pengawal selia tidak seharusnya menjawab persoalan itu sendirian. Penanggung insurans juga tidak seharusnya berbuat demikian. Kepemimpinan klinikal mesti terbabit menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Makan Malam Pertemuan Semula Ke-103 Persatuan Alumni Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya dan Universiti Singapura di Petaling Jaya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Abdul Rasheed berkata, pesakit bergantung kepada kepakaran, pertimbangan dan panduan doktor ketika perlu membuat keputusan sukar mengenai ujian, rawatan serta pilihan lain yang tersedia.

Menurutnya, setiap ujian yang diarahkan, rawatan yang disyorkan dan perbincangan mengenai pilihan lain mungkin kelihatan sebagai keputusan untuk seorang pesakit, tetapi secara keseluruhan membentuk masa depan sistem kesihatan negara.

Beliau berkata, rawatan yang baik tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah ujian, imbasan atau prosedur yang dilakukan, sebaliknya sama ada rawatan itu diperlukan, berkesan dan membantu pesakit pulih.

“Penjagaan kesihatan berasaskan nilai bukan bermaksud mengurangkan rawatan semata-mata untuk menjimatkan kos, tetapi memberikan rawatan yang tepat, pada waktu tepat, kepada pesakit tepat dengan hasil tepat,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

BNM berperanan menyelia syarikat insurans dan pengendali takaful, selain menjaga kestabilan kewangan serta perlindungan pengguna, tetapi tidak menentukan sendiri keperluan klinikal seseorang pesakit.

Kerajaan pula menetapkan dasar, syarikat insurans mereka bentuk perlindungan, hospital menguruskan rawatan dan teknologi menyediakan maklumat, namun doktor kekal sebagai pihak yang menilai keadaan pesakit secara langsung.

Pendekatan bersama itu menjadi asas Strategi RESET yang menghimpunkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, BNM, doktor, hospital, syarikat insurans, pengendali takaful dan pesakit.

Menerusi MediAsas yang akan dilancarkan pada Januari 2027, langkah ke arah kaedah pembayaran berdasarkan diagnosis akan diperkenalkan bagi menjadikan kos rawatan lebih mudah dijangka serta menggalakkan penyedia beroperasi dengan cekap.

Pembaharuan lain merangkumi penerbitan kos prosedur lazim, peluasan rekod perubatan elektronik serta kaedah pembayaran yang memberi ganjaran kepada rawatan berkesan dan bukannya jumlah perkhidmatan yang diberikan.

Abdul Rasheed berkata, Protokol Rakan Penjagaan Kesihatan dan Jawatankuasa Penyelesaian turut menghimpunkan doktor, hospital serta penanggung insurans untuk menyelesaikan isu tuntutan dan memperjelas protokol. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *