KOTA BHARU – Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang ketika mencari siput lala di Sungai Pulau Belacan berhampiran Madrasah Daraniah, Kampung Pulau Belacan, di sini, petang semalam, ditemukan lemas malam tadi.
Mangsa, Muhammad Azim Danial Abdul Hadi ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 8.20 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa Mohd Faizol Hisam Abdullah berkata mangsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman enam meter, kira-kira 22 meter dari tebing lokasi dia dipercayai hilang.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya
Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika dipercayai mencari siput lala di sungai berkenaan. -BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
