MB ubah pendirian, sokong Tuanku Muhriz?

PETALING JAYA – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim didakwa mengubah pendiriannya dengan menarik balik surat yang dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad serta menyatakan sokongan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Memetik laporan Malay Mail, Ismail dikatakan bertemu Syed Danial awal minggu ini dengan membawa surat menarik balik bantahannya terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri itu.

Laporan itu turut memetik sumber sebagai berkata, menteri besar dijangka menghadap Tuanku Muhriz bagi menyatakan taat setia serta memohon perkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang semula.

Persidangan DUN yang pada asalnya dijadualkan bermula pada pertengahan Oktober dibatalkan sebelum dijadualkan semula pada 26 November ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Surat itu juga difahamkan mengesahkan sokongan sebulat suara 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipecat Tuanku Muhriz, dengan mengambil kira kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja susulan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 pada 14 Oktober lalu.

Ismail dan bekas anggota Exco difahamkan membuat keputusan menyokong Tuanku Muhriz berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Jun yang memberikan injunksi interim bagi mengekalkan status quo.

Pada 14 Oktober, Raja-Raja Melayu menggesa semua pihak yang terbabit dalam kemelut diraja Negeri Sembilan supaya menggunakan kebijaksanaan dan bersabar, menyelesaikan perbezaan melalui saluran undang-undang serta memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak campur tangan atau mempolitikkan krisis itu.

Mereka berkata, pertikaian berkenaan perlu diselesaikan secara berhemah dan mengikut adat, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 16 Oktober, Tuanku Muhriz menegur Ismail secara terbuka, dengan beberapa video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan baginda memberitahu sekumpulan individu bahawa Ismail telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz mempersoalkan tujuan Ismail mahu mengadakan pertemuan dengan baginda dan memintanya ‘pergi’ sehingga beliau menarik balik kenyataannya sebelum ini.

Negeri Sembilan terpalit dengan kemelut diraja sejak April apabila empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai undang mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.

Undang-Undang yang sama dipertikaikan itu turut didakwa mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah ‘baharu’ dalam satu majlis di sebuah hotel lima bintang di Melaka pada Jun.

Pada September, Ismail menyokong kenyataan yang dikeluarkan exconya yang didakwa mengesahkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.

Tuanku Muhriz kemudiannya membatalkan pelantikan kesemua anggota exco negeri.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *