Parlimen Indonesia pilih Naib Presiden baharu 2 Disember

JAKARTA – Parlimen Indonesia dijadualkan memilih Naib Presiden baharu negara ini pada 2 Disember depan, kata Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Ahmad Muzani, semalam.

Ia susulan peletakan jawatan oleh Gibran Rakabuming Raka yang juga anak kepada bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Penganalisis menyifatkan peletakan jawatan Gibran pada minggu ini sebagai boleh merenggangkan lagi hubungan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dengan Jokowi.

Ia susulan Gibran berdepan tekanan politik kian meningkat daripada Ahli-ahli Parlimen sejak sebulan lalu selepas mahkamah tertinggi Indonesia memutuskan bahawa kelayakan pendidikannya tidak mencukupi untuk beliau bertanding merebut jawatan itu pada pilihan raya lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, Ahmad Muzani berkata, MPR akan mengemukakan surat kepada Prabowo untuk meminta beliau menamakan dua calon pengganti.

Selain itu, beliau berkata, sebuah pasukan juga akan ditubuhkan yang terdiri daripada 36 Ahli Parlimen untuk menyemak kelayakan calon terbabit.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan nama yang akan dikemukakan oleh Prabowo.

Pada Khamis lalu, Gibran dilaporkan berkata, peletakan jawatannya itu adalah atas keputusan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan isu kelayakan pendidikannya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sebelum ini, Gibran, 39, dipilih bersama Prabowo pada Pilihan Raya Presiden 2024.

Bagaimanapun, pengkritik mendakwa Jokowi mencampuri urusan dalam proses berkenaan dengan mempengaruhi keputusan mahkamah yang mengubah peraturan pilihan raya, sekali gus membolehkan Gibran bertanding.

Penganalisis percaya peletakan jawatan Gibran itu boleh mencetuskan pergolakan politik yang lebih mendalam, selain mengheret Jokowi dan Prabowo ke dalam kancah persaingan sengit.

Jokowi pernah menewaskan Prabowo pada Pilihan Raya Presiden 2014 dan 2019.

Dalam penggal kedua pentadbirannya, Jokowi melantik Prabowo sebagai Menteri Pertahanan, sebelum secara tidak langsung menyokong pencalonan Prabowo pada pilihan raya 2024.

Namun pada Khamis lalu, kedua-dua Jokowi serta Gibran menampilkan nada damai dengan menyatakan mereka akan terus memberi sokongan kepada Prabowo.

Dalam satu rakaman video disiarkan saluran berita Kompas TV, Gibran berkata, beliau tidak akan menjadi pembangkang walaupun berada di luar pentadbiran Prabowo.

“Saya hanya ada satu pesanan: Tolonglah, sama ada berada di dalam atau luar kerajaan, kita tetap perlu menyokong Presiden,” katanya.

Bagaimanapun, menurut penganalisis, pendedahan polis pada minggu lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan kes pengintipan perbualan telefon (wiretapping) secara haram oleh empat pegawai kanan polis, sebagai satu lagi petunjuk kerenggangan hubungan antara Prabowo dengan Jokowi.

Suspek berkenaan termasuk bekas Ketua Polis, Listyo Sigit Prabowo yang dikenali ramai sebagai penyokong setia Jokowi.

Pada Khamis lalu, polis menyatakan mereka sudah mempunyai bukti awal yang mencukupi untuk meneruskan pertuduhan khianat ke atas empat suspek terbabit berhubung dakwaan pengintipan komunikasi telefon Prabowo, ahli politik lain, aktivis dan wartawan.

Setakat ini, Reuters belum berjaya menghubungi suspek terbabit untuk mengulas perkara berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *