PRN Melaka: 31 pusat mengundi awal dibuka 8 pagi ini

MELAKA – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat 8 pagi ini bagi membolehkan 12,531 pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Semua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula dari 12 tengah hari, 2 petang hingga 5 petang hari ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi pada 23 Sept lepas, setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

SPR menetapkan hari ini bagi pengundian awal, manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.

Secara keseluruhan, sebanyak 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN Melaka kali ini.

Pilihan raya ini menyaksikan Pakatan Harapan mempertaruhkan calon di 24 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (23), Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tujuh), Perikatan Nasional (lima), parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan Bebas (tiga).

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional menang 21 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan menang lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *