Kerjasama MACE-IPRM Perkukuh Pendidikan Dan Industri Perhubungan Awam

Oleh: Dr. Siti Zanariah Yusoff

KERJASAMA antara universiti dan industri perlu terus diperkukuh bagi memastikan pendidikan komunikasi kekal relevan dengan perkembangan serta keperluan sebenar profesion perhubungan awam (PR) di negara ini.

Perkara itu menjadi antara mesej utama program ProComm: Bridging MACE & IPRM for Excellence yang menghimpunkan hampir 300 peserta melibatkan ahli akademik, pengamal industri dan pelajar komunikasi dari universiti serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Program itu berlangsung di Dewan Serbaguna B1, Menara Komunikasi, Wilayah Persekutuan Putrajaya baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Program kerjasama antara Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE) dengan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) itu diadakan bersempena Majlis Penganugerahan Akreditasi IPRM dan IPRMSA: Anugerah Pelajar Terbaik Perhubungan Awam/Komunikasi Malaysia 2026.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad, yang hadir sebagai tetamu kehormat, berkata peranan pengamal PR kini melangkaui tugas menghasilkan siaran media, mengurus acara dan mengendalikan media sosial.

Sebaliknya, bidang itu menuntut keupayaan membuat keputusan strategik, mengurus komunikasi krisis serta membina hubungan yang bermakna dengan masyarakat.

Presiden IPRM, Jaffri Amin, pula mengetengahkan prinsip SQUARE sebagai ciri penting pengamal PR, iaitu Strategic, Quick, Unique, Agile, Resourceful dan Engaging.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Prinsip itu menekankan kepentingan berfikir secara strategik, bertindak pantas, menyesuaikan diri dengan perubahan dan membina hubungan bermakna dengan pihak berkepentingan.

Presiden MACE, Profesor Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, dalam ucapannya menyeru ahli akademik dan pengamal industri terus berkongsi pengalaman serta pandangan bagi memastikan pengajaran dan penyelidikan selari dengan keperluan industri.

Beliau turut menasihati pelajar supaya mengambil peluang untuk berinteraksi dengan pengamal industri dan mula membina jaringan profesional sejak di universiti.

“Manfaatkan peluang ini untuk berinteraksi dengan pengamal industri, bertanya soalan dan belajar daripada pengalaman mereka. Jangan tunggu sehingga tamat pengajian untuk mula membina jaringan profesional,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tujuh Warisan Sdn Bhd, Eizaz Azhar, menerusi pembentangan Power, People and Platforms: The Future of PR in Malaysia, menekankan kepentingan kepercayaan dan hubungan dalam era kecerdasan buatan (AI).

Beliau mengakhiri sesi dengan tiga persoalan penting dalam membina hubungan dalam era digital, iaitu “Do I know you? Do I like you? Do I trust you?”

Menurut beliau, ketiga-tiga elemen itu saling berkait dan ketiadaan salah satu daripadanya boleh menjejaskan usaha membina hubungan serta kepercayaan.

Perunding PR World Communications KL, Anneliza Zainal, pula berkongsi beberapa kajian kes berkaitan komunikasi krisis menerusi pembentangan Anchoring Strategy in Global and Local Emergency Management Standards.

Beliau menegaskan bahawa walaupun penggunaan AI semakin berkembang, pertimbangan manusia masih penting dalam mengurus krisis, khususnya dalam memahami konteks dan keperluan pihak berkepentingan.

Turut berkongsi pandangan ialah Prof. Madya Dr. Zeti Azreen Ahmad dari Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan juga Exco MACE,  menerusi pembentangan Beyond Networking: Connect. Collaborate. Co-create.

Beliau menekankan bahawa kerjasama antara akademia, industri dan pelajar perlu melangkaui aktiviti jaringan profesional, sebaliknya menghasilkan nilai bersama yang dikongsi.

Pelajar juga perlu diberi ruang untuk menjadi penyumbang aktif dalam kerjasama tersebut, bukan sekadar penerima ilmu.

Program itu bertujuan menyediakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara ahli akademik dengan pengamal industri, di samping memperkukuh hubungan universiti dengan industri dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi.

Sebanyak 34 pengamal PR menerusi penganugerahan Accredited PR (APR) Practitioner serta 20 pelajar komunikasi cemerlang dari 20 universiti awam dan swasta menerima pengiktirafan masing-masing daripada IPRM.

Anugerah itu dilihat mampu menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus meningkatkan kompetensi dan mencapai kecemerlangan dalam bidang komunikasi dan PR.

Dr. Siti Zanariah Haji Yusoff merupakan Exco Inovasi Digital dan Wacana, Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE), serta Pensyarah Kanan di Pusat Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *