Oleh: Abd. Ghaffar Daud
KAHERAH, MESIR – Seorang penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir, Muhammad Addib Muhammad Ridzuan terpaksa menangguhkan pengajiannya di tahun kedua bagi mendapatkan rawatan di Malaysia selepas disyaki mengalami Anxiety Panic Attack.
Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau mengalami degupan jantung yang kencang, kesukaran bernafas dan kerap pengsan hingga dibawa balik untuk mengesahkan penyakit tersebut dan rawatan di tanah air.
Salah seorang sahabatnya, Muhamad Muslim Abd Ghaffar berkata, Muhammad Addib telah berada di Mesir selama setahun satu bulan bagi mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Menurutnya, rakannya itu diiringi seorang penuntut dalam bidang perubatan dikenali sebagai Khayran bagi membantu menguruskan urusan perubatan dengan doktor Malaysia.
“Muhammad Addib akan mendapatkan rawatan dengan doktor Malaysia sebaik tiba nanti,” katanya.
Menurut Muhamad Muslim, penerbangan pulang rakannya itu dijadualkan pada jam 1 pagi waktu Mesir, bersamaan jam 6 pagi waktu Malaysia hari ini.
Sementara itu, empat sahabatnya yang kini berada di tahun tiga pengajian Universiti Al-Azhar hadir mengiringi beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Mereka adalah rakan sekelas Muhammad Addib ketika belajar di Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP), Kelantan. Muhammad Addib lewat setahun menyambung pengajian ke Mesir berbanding empat sahabatnya itu.
Kehadiran mereka di lapangan terbang mencerminkan keprihatinan dan sokongan moral terhadap sahabat yang terpaksa meninggalkan bumi Mesir buat sementara waktu demi memberi keutamaan kepada kesihatan.
Penangguhan pengajian itu pastinya menjadi cabaran buat Muhammad Addib yang baru lebih setahun menimba ilmu di Mesir.
Bagaimanapun, rawatan dan pemulihan kesihatan menjadi keutamaan sebelum beliau dapat mempertimbangkan untuk menyambung pengajian semula.
Semoga Muhammad Addib diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu apabila keadaan kesihatannya kembali mengizinkan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
