Anggota risik APMM maut, tiga lagi cedera selepas bot peronda langgar tembok pesisir ketika operasi

KANGAR – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut, manakala tiga lagi rakannya cedera selepas bot peronda yang mereka naiki terlanggar tembok pesisir pantai ketika mengejar sebuah bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Kuala Perlis awal pagi Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di perairan Sungai Padang ketika bot peronda APMM sedang mengejar sebuah bot nelayan asing yang dipercayai membawa sembilan warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata siasatan lanjut berkaitan insiden berkenaan akan dikendalikan oleh APMM.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang bertugas di Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis.

Kehilangan Allahyarham disedari selepas pemeriksaan jumlah anggota mendapati seorang kru tidak berada di dalam bot selepas pelanggaran itu.

Mayat mangsa yang tercampak ke laut kemudian ditemukan pasukan penyelamat kira-kira sejam selepas kejadian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta dua anak masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Susulan kejadian, Ketua Pengarah APMM bersama barisan kepimpinan tertinggi agensi berkenaan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang ke Kuala Nerang, Kedah bagi urusan pengebumian.

APMM dijadual mengadakan sidang media pada jam 3 petang bagi memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *