Bulan Kesedaran OKU Perak perlu jadi momentum perkasa komuniti secara berterusan

Oleh: Bazli Razak

TANJONG MALIM – Bulan Kesedaran Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Perak 2026 perlu dijadikan momentum untuk memperkukuh kesedaran, memperluas peluang dan memperkasa komuniti OKU secara berterusan, bukan sekadar acara tahunan.

Isteri kepada Menteri Besar Perak merangkap Yang Dipertua Baiduri Perak, Datin Seri Aezer Zubin berkata, usaha memperkasa golongan itu perlu melihat kepada potensi, kebolehan, bakat, daya juang dan sumbangan mereka kepada keluarga, masyarakat serta negeri.

Beliau berkata, perbezaan keupayaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang OKU diketepikan, sebaliknya masyarakat perlu membina persekitaran lebih prihatin, memahami keperluan serta menghormati hak mereka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbezaan keupayaan tidak seharusnya menjadi sebab seseorang itu diketepikan. Sebaliknya, perbezaan inilah yang sepatutnya mengajar kita untuk membina sebuah masyarakat lebih prihatin, lebih memahami keperluan mereka, menghormati hak mereka, menyediakan ruang dan peluang untuk mereka menikmati hidup seperti orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Bulan Kesedaran Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Perak Tahun 2026 di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini.

Datin Seri Aezer berkata, akses golongan OKU kepada pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan, aktiviti sosial, sukan dan kesenian perlu terus diperluas, selain sokongan sewajarnya diberikan kepada keluarga serta penjaga mereka.

Katanya, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting sebagai sumber kekuatan kepada anak-anak OKU dan perlu diberikan ruang serta keyakinan untuk membantu mereka membina kehidupan lebih berdikari.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Jangan melihat kekurangan sebagai penghalang kepada masa depan mereka. Berikan mereka peluang untuk mencuba, ruang untuk belajar dan keyakinan untuk berdikari.

Beliau turut menyeru komuniti OKU di Perak terus melangkah, berkarya, belajar dan mencuba tanpa membiarkan pandangan orang lain menentukan sejauh mana kemampuan mereka.

“Anda bukan sekadar sebahagian daripada masyarakat. Anda adalah sebahagian daripada kekuatan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Helmi Zaifura Abdul Rahman berkata, penganjuran Bulan Kesedaran OKU tahun ini berlangsung lebih sebulan bermula 1 Oktober hingga 6 November ini, dengan pelbagai program memberi penekanan kepada penglibatan langsung komuniti OKU.

Katanya, penganjuran bersama antara Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) dan Pusat Kajian Inklusif bagi Komuniti dan Orang Kurang Upaya (CIRCLE) UPSI itu turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Antara pengisian dianjurkan termasuk pertandingan trivia OKU-Thon, pertandingan pidato mahasiswa OKU, pertandingan bercerita bahasa isyarat serta pertandingan TikTok Kesedaran yang bertujuan menyebarkan mesej kesedaran mengenai kemudahan dan keperluan OKU kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kerajaan negeri terus menggerakkan agenda OKU melalui penyelarasan pelbagai pihak, termasuk menerusi Majlis Tindakan OKU Negeri Perak dan jawatankuasa kerjanya bagi memastikan isu serta keperluan komuniti berkenaan dapat dibincangkan secara lebih tersusun.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *