Formula One di Litar Sepang

Daripada tanah lebihan KLIA, lahirnya Litar F1 Sepang

Dari Meja Editorial ND

HARGA nasi ayam RM30 sepinggan di sekitar Litar Antarabangsa Sepang yang tular semalam mungkin membuat ramai mengeluh.

Namun, di sebalik harga makanan yang mencetuskan perbualan itu, ada sebuah kisah jauh lebih menarik, iaitu bagaimana tercetusnya idea membina litar Formula Satu (F1) di Sepang.

Jawapannya bukan bermula dengan perlumbaan kereta, sebaliknya daripada sebidang tanah yang pada asalnya dibeli kerajaan untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu temu bual, tanah di Sepang itu terlalu luas dan sebahagian daripadanya tidak diperlukan untuk pembangunan lapangan terbang. Persoalannya, apa yang hendak dilakukan terhadap tanah yang masih kosong itu?

Membiarkannya begitu sahaja dianggap satu pembaziran. Menanam pokok pula tidak memberikan pulangan setimpal dengan nilai tanah tersebut. Maka, timbul keperluan mencari sesuatu yang lebih besar, mampu menjana hasil dan pada masa sama memberi manfaat kepada negara.

Ketika itu Malaysia sedang giat membangunkan sektor pelancongan. Namun, ada satu persoalan yang perlu dijawab: apakah tarikan yang boleh membawa pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia?

Malaysia tidak memiliki sebanyak mana tapak sejarah bertaraf dunia seperti sesetengah negara lain. Jadi, daripada bergantung kepada sejarah yang sudah ada, mengapa tidak mencipta satu tarikan baharu?

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Daripada pemikiran itulah, acara sukan bertaraf antarabangsa mula dilihat sebagai salah satu jalan. Formula Satu muncul sebagai pilihan yang cukup menarik kerana perlumbaan itu bukan sekadar membawa peminat sukan permotoran dari seluruh dunia, malah memberikan publisiti global kepada negara tuan rumah.

Akhirnya, tanah yang pada asalnya dianggap lebihan daripada pembangunan KLIA bertukar menjadi Litar Antarabangsa Sepang, sebuah mercu tanda yang pernah menjadi tumpuan dunia permotoran dan membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Ironinya, hari ini orang mungkin lebih sibuk membincangkan harga nasi ayam RM30 di Sepang. Tetapi sebelum ada nasi ayam semahal itu, pernah ada satu idea yang jauh lebih mahal nilainya kepada negara: bagaimana menjadikan sebidang tanah yang tidak digunakan sebagai aset yang mampu memperkenalkan Malaysia kepada seluruh dunia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *