Singgah Tagal Anek Murai Terus Menggegar Regatta Subis@Niah 2026

Oleh: Ts. Dr. Mohd Hairul Mohd Salleh

BATU NIAH (Sarawak) -Pasukan Singgah Tagal Anek Murai (STAM) terus mencuri perhatian pada Regatta Subis@Niah 2026 apabila mencatatkan pencapaian membanggakan dengan lima keputusan podium serta satu tempat keempat dalam pertandingan berlangsung dari 25 hingga 27 September lalu di Waterfront Sepupok Niah, Batu Niah, Sarawak.

STAM meraih satu kejuaraan, dua naib johan dan dua tempat ketiga, selain menduduki tempat keempat dalam acara kemuncak 30 Pekayuh Lelaki Terbuka – Raja Sungai.

Antara pencapaian STAM ialah lapan Pekayuh Wanita Pecut 500 meter – Johan, 10 Pekayuh Lelaki Terbuka (Naib Johan), lapan Pekayuh Wanita (Naib Johan), lapan Pekayuh Wanita (tempat ketiga), 10 Pekayuh Lelaki Bawah 30 Tahun (tempat ketiga) dana 30 Pekayuh Lelaki Terbuka – Raja Sungai (tempat keempat).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pencapaian merentas pelbagai kategori ini memperlihat keupayaan STAM bersaing dalam acara pecut mahupun perlumbaan yang melibatkan jumlah pekayuh lebih besar, sekali gus mencerminkan kekuatan kolektif dan komitmen pasukan.

Keistimewaan STAM terletak pada identitinya sebagai gabungan Singgah Tagal (ST) dan Anek Murai (AM), dua pasukan yang mempunyai sejarah, lokasi dan latar budaya berbeza, tetapi disatukan melalui kecintaan terhadap sukan air dan warisan masyarakat Sarawak.

Singgah Tagal yang ditubuhkan pada 2014 berpusat di Bekenu, Sibuti dan diterajui pengurus yang juga pemilik pasukan, Mohd Ismail Hassim dan ketua pasukan, Mohtar Lazim.

Sementara itu, Anek Murai yang telah bertapak sejak 1989 berasal dari Sekapan Piit, Belaga dan diketuai oleh Lejau Sirek.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dari segi kepelbagaian masyarakat, Singgah Tagal menghimpunkan komuniti Kedayan, Bakong, Melayu dan Miriek, manakala Anek Murai membawa identiti masyarakat Sekapan dari Belaga.

Gabungan tersebut memperlihat bagaimana sukan air mampu menjadi ruang pertemuan pelbagai komuniti yang dipisahkan oleh jarak geografi, tetapi disatukan oleh semangat kebersamaan.

Nama “Singgah Tagal” dalam loghat masyarakat Kedayan membawa maksud singgah sebentar, manakala Anek Murai adalah nama pahlawan legenda dan lambang kebanggaan masyarakat Uma Sekapan Piit, Belaga yang dikaitkan dengan keberanian, maruah dan warisan masyarakat setempat.

Penggabungan dua identiti ini menjadikan STAM bukan sekadar sebuah pasukan perlumbaan, tetapi turut membawa naratif mengenai perpaduan komuniti, kepelbagaian budaya dan kesinambungan warisan sukan air Sarawak.

Kejayaan STAM di Regatta Subis@Niah 2026 bukan sahaja menyerlahkan pencapaian dalam sukan air, malah turut memperlihatkan peranannya sebagai platform yang menyatukan masyarakat, memperkukuh hubungan sosial serta memelihara identiti dan warisan budaya setempat.

Penyertaan ini juga membuka ruang untuk memperkenalkan tradisi perahu kayuh dan kehidupan berteraskan sungai di Sarawak kepada generasi baharu.

Keunikan STAM terserlah melalui komitmennya mengekalkan penggunaan perahu tradisional yang diperbuat daripada kayu terpilih, berbanding penggunaan perahu gentian kaca, sekali gus mencerminkan usaha berterusan dalam mempertahan nilai warisan dan tradisi tempatan.

Menurut Mohd Ismail, kejayaan STAM bukan sekadar diukur melalui jumlah pingat dan piala dimenangi, sebaliknya mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi asas penubuhan dan perjuangan pasukan.

“Kejayaan ini bukan sekadar angka atau koleksi pingat dan piala, sebaliknya menjadi manifestasi bahawa sukan air mampu menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa, suku kaum dan lokasi,” katanya.

Sementara itu, Lejau Sirek berharap pencapaian tersebut dapat menjadi pencetus kepada usaha berterusan untuk memperkasakan sukan air tradisional sebagai warisan komuniti yang mempunyai nilai budaya, sosial dan pelancongan di Sarawak.

Regatta Subis@Niah 2026 yang berlangsung selama tiga hari turut menampilkan pelbagai kategori perlumbaan dan aktiviti komuniti serta kebudayaan, sekali gus menghidupkan suasana pesta rakyat yang berteraskan warisan dan sukan air.

Bagi STAM, perjuangan di sungai bukan semata-mata tentang kemenangan, tetapi tentang kerjasama, budaya dan warisan yang dibawa bersama setiap kayuhan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *