Polis Indonesia tahan 12 individu disyaki pengganas di enam wilayah

JAKARTA – Polis Indonesia menerusi skuad antipengganas, Detasmen Khas 88 (Densus 88), menahan 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas dalam beberapa siri operasi di enam wilayah sejak Jumaat lalu.

Jurucakap Densus 88, Komisioner Jeneral Mayndra Eka Wardhana, berkata suspek ditahan di wilayah Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara.

Beliau berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan singkatan nama masing-masing iaitu HN, SM, HA, YDKAP, Y, S, CG, J, MG, AF dan MW yang berusia antara 22 hingga 52 tahun.

“Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan Daulah Islamiyah dan rangkaian pengganas lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, penahanan itu disusuli beberapa siri siasatan termasuk operasi penggeledahan, penyitaan dan pemeriksaan bahan bukti serta rakaman keterangan saksi dan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wujud kemungkinan hubungan antara 12 suspek berkenaan walaupun kegiatan mereka membabitkan wilayah berbeza di seluruh kepulauan Indonesia.

Wardhana turut mendedahkan suspek memainkan pelbagai peranan dalam rangkaian masing-masing termasuk menyatukan rangkaian, menjalankan latihan, menyebarkan propaganda, merekrut anggota secara bersemuka dan dalam talian serta merancang tindakan pengganas.

“Satu daripada rancangan yang terbongkar membabitkan mesyuarat dalam talian yang menghubungkan penyokong Daulah Islamiyah dari beberapa wilayah,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, penyiasat turut mengesyaki sebahagian individu yang ditahan menyertai aktiviti latihan termasuk latihan fizikal, latihan menembak dan kegiatan lain yang berkaitan dengan persiapan melakukan tindakan pengganas.

“Penyiasat akan meneliti lebih lanjut bahan bukti yang dikumpulkan serta hubungan yang mengaitkan suspek dengan individu dan rangkaian lain,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu sebahagian daripada usaha polis mengurangkan risiko serangan pengganas dengan menyekat kegiatan propaganda, perekrutan, indoktrinasi dan latihan yang berpotensi membawa kepada keganasan. – AGENSI

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *