THE HAGUE – Seorang individu terkorban, manakala dua anggota polis cedera dalam satu insiden tembakan di Pekan Overasselt, timur Belanda pada awal pagi semalam, kata polis Belanda, lapor Xinhua.
Menurut laporan media tempatan, insiden tembakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah.
Polis memaklumkan, mereka menerima laporan awal mengenai satu situasi mencurigakan pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan.
Seorang individu maut di tempat kejadian, manakala dua anggota polis yang memberikan respons kepada laporan berkenaan mengalami kecederaan.
Kedua-dua anggota polis itu telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil serta melepasi fasa bahaya.
“Beberapa tangkapan telah dibuat setakat ini. Kami juga menjalankan siasatan di beberapa lokasi di Overasselt untuk mengumpul bahan bukti,” kata polis dalam satu kenyataan.
Menteri Kehakiman dan Keselamatan Belanda, David van Weel menyifatkan insiden tembakan itu sebagai “mengerikan” dan menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan keganasan itu. – BERNAMA-XINHUA
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
