Sunzen dapat lampu hijau kuasai penuh Ecolite, Yanming

SHAH ALAM – Sunzen Group Bhd. mendapat kelulusan pemegang saham untuk meneruskan cadangan pindaan pengambilalihan baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd. dan Yanming Resources Sdn. Bhd., sekali gus memperkukuh tumpuannya terhadap segmen produk kesihatan.

Resolusi biasa berhubung cadangan berkenaan diluluskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan yang diadakan di Kelab Golf & Desa Kota Permai, hari ini.

Cadangan pindaan itu berkaitan Perjanjian Penjualan Saham Tambahan Kedua bertarikh 26 Mei 2026 yang mengubah beberapa terma dalam perjanjian asal bertarikh 20 Disember 2023 dan perjanjian tambahan pertama pada 14 Jun 2024.

Pengambilalihan itu membabitkan baki 30 peratus kepentingan dalam Ecolite daripada Koh Lee Fong, Lim Wee Chun, Fam Jian Yap dan G Five Holdings Ltd, manakala baki 30 peratus Yanming diperoleh daripada Lim Poh Chuw, Fam Jian Yap, Cai HeGui dan Chua Huai Gen.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Group Bhd, Teo Yek Ming berkata, Ecolite dan Yanming adalah komponen penting dalam segmen produk kesihatan kumpulan dan pengambilalihan berkenaan sejajar dengan strategi membina portfolio perniagaan yang lebih fokus serta mampan.

“Kami menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh pemegang saham kami untuk Cadangan Pindaan yang dicadangkan. Ecolite dan Yanming adalah bahagian penting dalam segmen produk kesihatan kami,” katanya.

Yek Ming berkata, Sunzen akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan tiga perniagaan terasnya, iaitu produk kesihatan, peranti dan perkhidmatan perubatan serta pembiayaan pinjaman, di samping mengekalkan disiplin operasi.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus menumpukan pada pengukuhan perniagaan teras Kumpulan… sambil mengekalkan disiplin operasi dan mengejar peluang yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang yang mampan dan nilai pemegang saham,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Satu aspek penting dalam pindaan yang diluluskan ialah penangguhan tempoh jaminan keuntungan Ecolite dan Yanming daripada TK2025 dan TK2026 kepada TK2027 dan TK2028.

Menurut kenyataan itu, perubahan berkenaan memberikan penjamin tempoh tambahan untuk memenuhi kewajipan jaminan keuntungan masing-masing. Dokumen bagaimanapun tidak memperincikan nilai jaminan keuntungan atau sasaran keuntungan yang perlu dicapai dalam tempoh baharu berkenaan.

Sunzen berkata kelulusan EGM mencerminkan sokongan berterusan pemegang saham ketika kumpulan meneruskan transformasi perniagaan dan menumpukan sumber kepada pengukuhan segmen terasnya.

Kumpulan yang diperbadankan pada 2005 mempunyai perniagaan merangkumi produk kesihatan, peranti dan perkhidmatan perubatan serta pembiayaan pinjaman. Dalam segmen kesihatan, Sunzen terbabit dalam pembuatan dan perdagangan makanan serta minuman kesihatan termasuk sarang burung, minuman kolagen, suplemen herba dan ubat tradisional.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *