Eckem tingkat kualiti keuntungan, PAT naik 51.9 peratus

SHAH ALAM – Eckem Holdings Bhd. mencatat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 51.9 peratus suku ke suku kepada RM1.28 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026, walaupun hasil hanya berkembang 4.4 peratus kepada RM9.96 juta.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) turut meningkat pada kadar jauh lebih pantas berbanding hasil, melonjak 50.7 peratus kepada RM1.67 juta daripada RM1.11 juta pada suku sebelumnya, manakala PAT meningkat daripada RM0.84 juta.

Eckem berkata prestasi keuntungan yang lebih kukuh itu didorong peningkatan jumlah jualan, margin keuntungan kasar yang lebih baik serta perbelanjaan operasi lebih rendah hasil kawalan kos dan peningkatan kecekapan operasi.

Margin keuntungan kasar kumpulan meningkat kepada kira-kira 31.1 peratus daripada 28.9 peratus pada suku pertama, manakala margin PAT mengukuh lebih ketara kepada 12.8 peratus daripada 8.8 peratus, menunjukkan penukaran hasil kepada keuntungan yang lebih baik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Eksekutif Eckem Holdings, Tan Khai Jeik atau Jack Tan, berkata prestasi suku kedua mencerminkan kemajuan dalam kualiti pendapatan kumpulan. “Walaupun pendapatan meningkat 4.4 peratus berbanding suku sebelumnya, PAT meningkat sebanyak 51.9 peratus, disokong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi, margin yang lebih baik dan pengurusan kos yang berdisiplin,” katanya.

Segmen pengedaran, jualan dan formulasi aplikasi produk kimia perindustrian khusus kekal sebagai penyumbang utama, menjana RM9.47 juta atau kira-kira 95 peratus daripada hasil suku kedua, manakala pembuatan dan perdagangan produk getah menyumbang kira-kira RM0.50 juta.

Bagi enam bulan pertama 2026, Eckem mencatat hasil RM19.51 juta, PBT RM2.78 juta dan PAT RM2.12 juta, ketika syarikat meneruskan usaha meningkatkan produktiviti serta kecekapan kos selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Selepas penyenaraiannya pada Julai, kumpulan kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelan pengembangan dalam prospektus, termasuk pembangunan pejabat korporat, gudang dan makmal baharu serta pengembangan barisan pengeluaran produk getah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Eckem sudah memeterai dua perjanjian pembinaan dengan ETA Design & Build Sdn Bhd pada 13 Ogos 2026 bagi membangunkan pejabat korporat, gudang dan makmal baharu dengan nilai kontrak keseluruhan kira-kira RM13.17 juta, yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Daripada kos pembinaan itu, RM6 juta akan dibiayai menggunakan hasil tawaran awam permulaan (IPO), manakala baki kira-kira RM7.17 juta melalui kemudahan perbankan daripada Alliance Islamic Bank Bhd. Kumpulan turut memperuntukkan RM2 juta hasil IPO bagi mengembangkan barisan pengeluaran baharu segmen produk getah.

Khai Jeik berkata pelaburan dalam kemudahan baharu dan pengembangan barisan pengeluaran itu akan mengukuhkan keupayaan kumpulan serta membantu memenuhi keperluan pelanggan yang berubah, sambil Eckem terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, bekalan yang boleh dipercayai, formulasi tersuai dan sokongan teknikal.

Melangkah ke hadapan, Eckem berkata ia akan mengekalkan pengurusan kewangan berhemat ketika berdepan turun naik harga minyak mentah dan bahan mentah global, gangguan rantaian bekalan serta ketidakpastian perdagangan.

Kumpulan yang disenaraikan di Pasaran ACE pada 3 Julai 2026 turut melihat dasar di bawah Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 sebagai menyokong pembangunan aktiviti kimia hiliran bernilai lebih tinggi, inovasi, automasi dan pembuatan termaju.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *