KUALA LUMPUR – Pengguna yang mahu kekal sejuk, selain memastikan pelbagai peranti elektronik sentiasa bertenaga kini mempunyai lebih banyak pilihan menerusi pengenalan tiga produk baharu CUKTECH di Malaysia.
Rangkaian itu membabitkan CUKTECH CP Turbo Fan Plus, CUKTECH 6 Ultra Charger dan CUKTECH 10 Ultra Charger, yang masing-masing mengetengahkan teknologi penyejukan mudah alih serta pengecasan pantas dan pintar.
Menurut CUKTECH, ketiga-tiga produk berkenaan direka bagi memenuhi keperluan pengguna moden termasuk ketika bekerja, melakukan perjalanan atau menjalani aktiviti harian.
“Bagi CP Turbo Fan Plus, ia dilengkapi motor tanpa berus tiga fasa yang mampu berputar sehingga 30,000 rpm, selain menghasilkan kelajuan angin sehingga 11 meter sesaat.
“Kipas itu menawarkan tiga tahap aliran udara serta mod BOOST bagi menghasilkan hembusan lebih kuat ketika diperlukan,” kata kenyataan syarikat itu hari ini.

Menariknya, reka bentuk magnet modular membolehkan unit kipas dan modul bateri dipasang atau ditanggalkan mengikut keperluan.
Modul bateri berkapasiti 10,000mAh itu mampu memberikan masa operasi sehingga 37 jam, bergantung kepada tetapan dan keadaan penggunaan.
Selain menjadi sumber kuasa kipas, modul berkenaan turut boleh digunakan sebagai bank kuasa dengan sokongan input USB-C sehingga 27W dan output sehingga 33W.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Sementara itu, CUKTECH 6 Ultra Charger menawarkan kuasa pengecasan sehingga 100W menerusi dua port USB-C dan satu port USB-A, sekali gus membolehkan beberapa peranti dicas serentak.
Menggunakan teknologi GaN, pengecas berkenaan turut dilengkapi sistem peruntukan kuasa pintar yang melaraskan output mengikut keperluan peranti yang disambungkan.
Ia turut mempunyai paparan pintar 0.96 inci yang memaparkan maklumat masa nyata seperti kuasa output, voltan dan arus, selain boleh diputar 180 darjah bagi memudahkan bacaan.
Bagi pengguna dengan keperluan pengecasan lebih tinggi, CUKTECH 10 Ultra Charger menawarkan jumlah output sehingga 120W menerusi tiga port USB-C dan satu port USB-A.
Pengecas itu turut dilengkapi paparan TFT pintar 1.57 inci bagi memantau output kuasa, voltan, arus serta suhu operasi.
Selain itu, sokongan Bluetooth dan integrasi aplikasi Mi Home membolehkan pengguna memantau prestasi pengecasan serta mengurus tetapan yang disokong menerusi telefon pintar.

Dengan berat kira-kira 239 gram, 10 Ultra Charger turut direka dalam bentuk kompak untuk kegunaan di pejabat, rumah mahupun ketika perjalanan.
Di Malaysia, CP Turbo Fan Plus ditawarkan pada harga RM199, dengan harga promosi pelancaran RM193, manakala 6 Ultra Charger berharga RM149 dan 10 Ultra Charger RM189.
Harga promosi pelancaran masing-masing ditawarkan pada RM145 dan RM183 untuk tempoh sebulan bermula tarikh pelancaran rasmi.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
