Bomba selamatkan lelaki kurang siuman di atas bumbung rumah di Klang

SHAH ALAM – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas ditemukan berjalan di atas bumbung rumah di Taman Sri Andalas, Klang pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan pada 6.53 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. 

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan awal dan mendapati seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman berada di atas bumbung rumah pengadu.

“Anggota kemudian mengambil pendekatan memujuk lelaki tersebut sebelum dia selamat diturunkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ashrul Riezal berkata lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 8.05 pagi.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan kejadian berkenaan yang mendakwa lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian serta dikaitkan dengan kes pecah rumah. – BERNAMA 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *