Skip to content
28 October 2026
NasionalDaily

NasionalDaily

Terkini | Sahih | Dipercayai

  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
Tajuk Utama
  • Klinik Suzana – Menyerlahkan Kecantikan Semula Jadi, Membina Keyakinan Diri

    3 months ago3 months ago
  • Program Wira Bakau 2026 perkasa ekonomi komuniti, pelihara ekosistem alam

    3 hours ago3 hours ago
  • LARC Cetus Potensi Sukan Kayak Tempatan

    3 hours ago3 hours ago
  • Chegubard dipenjara 4 bulan kerana fitnah

    4 hours ago4 hours ago
  • DSP dipenjara 7 tahun 6 bulan sebabkan kematian pelajar

    4 hours ago4 hours ago
  • Status perkhidmatan Shuhaily di AKPS dirujuk kepada AGC

    5 hours ago5 hours ago
  • Sentuh isu generasi ‘strawberi’, Timbalan Mufti Pahang kena aduan SISPAA, kena beri penjelasan kepada SUK

    5 hours ago5 hours ago
  • Siasatan ‘mafia korporat’: Polis bekukan aset RM409 juta

    5 hours ago5 hours ago
  • JPN sahkan lelaki kelahiran Bangladesh dapat kewarganegaraan Malaysia secara sah

    7 hours ago7 hours ago
  • 20,000 pesalah layak dipertimbang hukuman tahanan di rumah - Saifuddin

    Kerajaan benar pemegang Kad Dokumen Pendaftaran Pelarian bekerja – Saifuddin

    7 hours ago7 hours ago
  • BACA @ AKSARA: Merayakan Buku, Menyuburkan Fikiran dan Menjalin Persahabatan

    9 hours ago8 hours ago
  • Home
  • 2026
  • July
  • 12
  • Kontroversi logo “Visit Truly Terengganu 2027”, ini penjelasan Exco
July 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Jun   Aug »
  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan

Kontroversi logo “Visit Truly Terengganu 2027”, ini penjelasan Exco

Editorial ND4 months ago4 months ago03 mins
  • Semasa

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan logo baharu kempen pelancongan “Visit Truly Terengganu 2027” dihasilkan dengan teliti berdasarkan falsafah, identiti dan garis panduan Islamik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata walaupun terdapat pelbagai mercu tanda baharu di Terengganu, penyu tetap menjadi ikon utama negeri dan diabadikan sebagai simbol pada logo berkenaan.

Klinik Suzana
📞 +6018-229 6248 | 💬 WhatsApp Sekarang

Beliau bagaimanapun berkata simbol atau reka bentuk penyu telah diubah suai agar selaras dengan kehendak dan pematuhan terhadap syariat Islam.

“Logo ini adalah nilai tambah daripada rekaan 2007. Dulu rekaannya kelihatan statik seperti patung tetapi kali ini kami beri warna dan bentuk baharu yang melambangkan pergerakan.

Mandian Air Mata Pusaka Puteri CSWK
📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Reka bentuk penyu ini juga sengaja dihasilkan tidak cukup sifat fizikal sepenuhnya bagi mengelak isu patung binatang dalam Islam.

“Ini memandangkan logo ini akan digunakan untuk tempoh masa yang lama dalam pelbagai medium termasuk pakaian dan barangan cenderamata. Dalam Islam, pakaian yang mempunyai lambang binatang tidak boleh digunakan untuk solat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Terengganu Klasik (FTK) 2.0 2026 di Dataran Syahbandar di sini.

Sebanyak 500 kenderaan klasik termasuk kereta dan motosikal daripada era 1960-an dipamerkan pada FTK 2.0 2026 yang menarik kunjungan hampir 10,000 pengunjung.

Teacher Sharifah Taman Indah Homestay Roomstay Tanah Merah
📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, Razali berkata kerajaan negeri juga optimis mampu mencapai sasaran sembilan juta pelancong sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 2.45 juta pelancong direkodkan bercuti di Terengganu, termasuk di pulau-pulau peranginan.

“Kami sedang menyiapkan laporan kedatangan pelancong untuk tempoh enam bulan yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Dari segi jumlah kemasukan kenderaan yang direkodkan melalui plaza tol, lebih 600,000 dikesan masuk pada Mac dan April, diikuti peningkatan kepada 829,000 pada Mei dan 608,000 bagi Jun. Kami ada sistem pengiraan tersendiri untuk mendapatkan angka sebenar dan akan diselaraskan nanti,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Tagged: Berita Terkini Exco Kontroversi Logo Nasionaldaily.com Penjelasan Terengganu Visit Truly

Post navigation

Previous: NRDP Perkukuh Usaha Terengganu Memperluas Pembangunan Ragbi peringkat Sekolah
Next: Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di festival tarian di Toronto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

NasionalDaily menampilkan berita yang sahih, tepat dan diyakini. Melaporkan berita dari segenap dimensi.

Email: info@nasionaldaily.com

Tel: +6010-894 2252 | +6012-922 2001

Berita Terkini

  • Program Wira Bakau 2026 perkasa ekonomi komuniti, pelihara ekosistem alam
  • LARC Cetus Potensi Sukan Kayak Tempatan
  • Chegubard dipenjara 4 bulan kerana fitnah
  • DSP dipenjara 7 tahun 6 bulan sebabkan kematian pelajar
  • Status perkhidmatan Shuhaily di AKPS dirujuk kepada AGC

Kategori

  • Akademia
  • Berita Dari Asia
  • Berita Umum
  • Dunia
  • Ekonomi/Biz
  • Hiburan
  • Nasional
  • Pojok
  • Politik
  • Rencana
  • Semasa
  • Seni & Sastera
  • Sukan
  • Utama
  • Yang Menarik
Hak Cipta Terpelihara © 2025 - NasionalDaily | Terkini | Sahih | Dipercayai