Lima Faktor Penentu Keputusan PRN Johor, Kata Salleh

Oleh Siti Khadijah Manudin

JOHOR BAHRU Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyenaraikan lima faktor utama yang dijangka menentukan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini, sambil menyifatkan pilihan raya tersebut sebagai penanda aras penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, faktor pertama ialah tahap peratusan keluar mengundi, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kedua ialah keberkesanan jentera parti dalam menggerakkan penyokong ke pusat mengundi.

Salleh berkata, faktor ketiga melibatkan kemampuan parti-parti kecil dan calon bebas mempengaruhi keputusan di kerusi tertentu, manakala faktor keempat ialah sejauh mana isu nasional mempengaruhi corak pengundian terhadap isu tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa faktor terakhir ialah kekuatan calon di peringkat akar umbi, termasuk penerimaan masyarakat setempat terhadap kredibiliti dan rekod perkhidmatan mereka.

Menurut Salleh, keputusan PRN Johor bukan sahaja menentukan pentadbiran negeri, malah akan memberikan gambaran awal mengenai landskap politik negara serta momentum parti-parti politik menjelang PRU16.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *