KUALA LUMPUR – Isu boikot kedai serbaneka KK Mart yang dianjurkan Pemuda UMNO belum nampak ada noktah.
Ini apabila pemimpin dari MCA iaitu komponen Barisan Nasional (BN), Senator Ti Lian Ker membuat tuduhan konon Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh mahu menjadi penguatkuasa, penterjemah undang-undang dan hakim dalam isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai KK Mart.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam respon balasnya mempersoalkan kenyataan senator dari MCA itu dengan persoalan, adakah memboikot itu tindakan penguatkuasaan?
Sambil membetulkan persepsi itu, beliau berkata, boikot adalah hak pengguna.
“Mana mungkin Senator macam dia ni (Ti Lian Ker) jahil? (Sedangkan) hak membatalkan lesen adalah urusan kerajaan.
“Dia tuduh Dr. Akmal angkuh dan tidak ikut undang undang. Ada Pemuda buat demosntrasi macam BERSIH? Ada buat rusuhan?
“Menghina agama Islam itulah yang melanggar undang undang. Orang Islam yang “fed up” dengan isu penghinaan terhadap agama Islam,” ujarnya dalam kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.
Kelmarin, Senator MCA itu menyifatkan Dr. Akmal seolah mahu menjadi “penguatkuasa, penterjemah undang-undang dan hakim”, merujuk penjualan stoking tertera kalimah Allah dan permohonan maaf pihak terlibat.
Lian Ker berkata, Dr. Akmal bertindak mengikut emosi tanpa mengambil kira undang-undang dan ada ketika bertindak sendirian.
“Tindakan angkuh dan tidak endah undang-undang inilah yang mengakibatkan rakyat ‘fed-up’ dan jemu… tindakan ini bukanlah suci murni, tetapi membuli,” kata senator itu dalam perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Negara pada Khamis.
Menurut Dr. Puad, tidak timbul sama sekali Dr. Akmal mahu menjadi hakim.
Katanya, memang betul KK Mart sudah meminta maaf, tetapi hakim tetap menjatuhkan hukuman kepada penjenayah yang memohon maaf dalam mahkamah.
“Ti Lian Ker dan Lathefa Koya (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) sebenarnya yang mahu jadi hakim,” sindirnya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!