Bubar DUN Negeri Sembilan disaran sebagai jalan terbaik redakan krisis politik

Oleh: Siti Khadijah Manudin

SEREMBAN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai langkah paling sesuai bagi meredakan krisis politik yang sedang berlaku di negeri itu, sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sudah hilang sokongan majoriti ADUN.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan semasa wajar diselesaikan melalui pengembalian mandat kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.

Menurut beliau, jika Menteri Besar tidak lagi memperoleh kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, pembubaran DUN adalah pilihan terbaik bagi menentukan semula kerajaan yang sah.

“Kalau beliau sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti, sebaiknya DUN dibubarkan dan kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mentadbir Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui pada satu program di Sendayan.

Beliau turut menegaskan bahawa ketidaktentuan politik perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman rakyat dan kestabilan negeri.

Mohamad juga menambah bahawa peranan Dewan Undangan Negeri adalah platform utama untuk menentukan sokongan terhadap kerajaan, dan sebarang pertikaian perlu diselesaikan melalui proses demokrasi yang sah.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan sebelum ini menyebut bahawa 14 ADUN UMNO telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, sekali gus mencetuskan krisis politik di Negeri Sembilan.

Keadaan itu turut membuka perbincangan mengenai kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *