KUCHING – Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.
Menurut kenyataan itu, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang paip air.
“Mangsa maut adalah seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan seorang bayi perempuan.
“Pasukan bomba telah mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan, manakala bayi perempuan ditemukan oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian, dipercayai tercampak dari kenderaan ketika kemalangan,” menurut JBPM Sarawak.
Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L