JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini dalam kejadian pada 2 Mei lepas.
Pemangku Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi berkenaan di kawasan parkir flat berkenaan sekitar jam 2.40 petang.
Beliau berkata, tangkapan suspek berusia 22 tahun itu dilakukan sekitar jam 12 tengah hari semalam di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Tangkapan dibuat berdasarkan keterangan suspek yang telah membuang bayi masih bernyawa dari tingkat 10 sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan.
Hoo berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan beberapa keterangan saksi telah diambil dengan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini esok. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L