PM Anwar Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa. 

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah. – BERNAMA

Telegram 

Facebook 

TikTok

Whatsapp 

Iklanadmin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *