25 Kapal Melalui Selat Hormuz Dalam Tempoh 24 Jam Lepas

TEHRAN – Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Selasa berkata 25 kapal melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas di bawah penyelarasan dan perlindungan keselamatannya, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh saluran berita rasmi IRGC, Sepah News, Tentera Laut IRGC berkata kapal-kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain selamat melalui laluan perairan strategik itu selepas mendapat kebenaran.

Kenyataan itu menambah bahawa Tentera Laut IRGC “sedang melaksanakan kawalan pintar dengan tegas” ke atas Selat Hormuz, sambil memberi amaran bahawa sebarang “tindakan pencerobohan” akan dibalas dengan “tindak balas yang kuat dan menghancurkan.”

Iran mengetatkan kawalan ke atas selat itu mulai 28 Feb, apabila ia menghalang laluan selamat kapal milik atau yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan ke atas wilayah Iran.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

AS turut mengenakan sekatan laut ke atas selat itu, menghalang kapal yang bergerak ke dan dari pelabuhan Iran daripada melalui laluan perairan berkenaan. – XINHUA

Telegram 

Facebook 

TikTok

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp 

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *