Sukarelawan APM CDA Ketereh Jelajah Pasar, Kempen Cegah Hantarvirus

KOTA BHARU – Pasukan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) CDA-08 Ketereh dengan kerjasama Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu dan Klinik Warga Nurul Ain Peringat menganjurkan Kempen Cegah Hantavirus dan Penyakit Bawaan Tikus yang menfokuskan pencegahan melalui penjagaan kebersihan terutama melibatkan kawasan yang berisiko seperti pasar.

Kempen melibatkan aktiviti pengagihan risalah tentang penyakit, punca, simptom dan langkah-langkah pencegahan terutamanya melibatkan kaedah penjagaan kebersihan bagi kawasan pasar-pasar utama sekitar Peringat dan Melor.

Kempen diketuai oleh Ketua Kompeni Perubatan CDA-08 Ketereh, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Nurul Ain Razali yang juga merupakan Pengarah Urusan Klinik Warga Nurul Ain Peringat.

Kempen setengah hari itu turut dibantu oleh Pejabat Daerah Pertahanan Awam diketuai oleh Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zain dan turut dihadiri Komander CDA-08 Ketereh, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan.

Pasukan seramai 12 Anggota dari Kompeni Perubatan CDA-08 Ketereh ini menjalankan kempen sekitar Pekan Peringat dan Pasar Melor yang meliputi lebih 100 peniaga-peniaga.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif, kempen sebegini digerakkan bersama masyarakat setempat bertujuan memberi kesedaran awal tentang langkah pencegahan virus ini meskipun belum lagi masuk ke Malaysia.

Cuti sekolah yang panjang, serta musim haji kali ini, memberi risiko apabila ramai rakyat ke luar negara, berhimpun dan mempunyai kontak dengan ramai terutamanya dari negara-negara lain yang telah dijangkiti virus ini.

Kempen kali ini diharapkan dapat memberi kesedaran awal, bukan sahaja terhadap virus ini tetapi kepada keseluruhan langkah pencegahan penyakit bawaan haiwan ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *