TVET MARA Catat 98 peratus Kebolehpasaran

Oleh: NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA yang mencecah 98 peratus mencerminkan keberkesanan pendekatan pembangunan kemahiran yang dilaksanakan agensi itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, pencapaian itu membuktikan keupayaan MARA dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri semasa.

“Kejayaan seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta kebolehpasaran tinggi graduan TVET MARA yang kini mencecah 98 peratus membuktikan pendekatan yang kita bina mampu melahirkan generasi seimbang, berilmu dan berdaya saing,” katanya dalam status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya.

Menurut Ahmad Zahid, MARA kini berperanan sebagai ekosistem pembangunan menyeluruh merangkumi pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan pelaburan strategik dalam usaha memperkasa generasi masa depan.

Beliau turut menegaskan, fokus MARA bukan sekadar menyediakan peluang, tetapi membina keupayaan golongan muda agar menjadi pencipta peluang dan pemimpin masa depan negara.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja menjadi penerima manfaat, tetapi pencipta peluang dan pemimpin masa depan negara,” ujarnya.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *