JKDM Perhebat Penguatkuasaan, Perkukuh Kerjasama Lindungi Khazanah Negara

HULU TERENGGANU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperhebat peranan sebagai barisan hadapan negara dalam membanteras penyeludupan hidupan liar dan khazanah alam melalui penguatkuasaan bersepadu serta kolaborasi strategik antarabangsa.

Komitmen itu dizahirkan menerusi penglibatan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Amran Ahmad yang mempengerusikan bersama Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1 Tahun 2026 dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Sinergi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) memperkukuh kawalan sempadan negara, di samping meningkatkan keupayaan risikan, pengesanan dan penguatkuasaan terhadap sindiket penyeludupan yang semakin sofistikated.

Penyelarasan dasar dan perkongsian maklumat melalui pendekatan bersepadu OBK turut diperkasa dengan berkesan sejajar usaha JKDM bagi melindungi kedaulatan ekonomi serta memelihara biodiversiti negara.

Delegasi juga mengadakan lawatan lapangan dan aktiviti pelepasan hidupan liar sebagai simbol komitmen berterusan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *