Cadangan Syor Levi Ditarik Balik Daripada Selat Melaka – Menteri Kewangan Indonesia

JAKARTA — Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa, menegaskan Jakarta tidak akan mengeksploitasi laluan perairan Selat Melaka dan menarik balik cadangan untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka dan Selat Singapura.

Beliau mengakui Indonesia terletak di laluan penting perdagangan dan tenaga global itu namun menjadikan selat tersebut sebagai sumber pendapatan bukanlah semudah yang dijangka ketika berucap pada satu simposium kewangan di Jakarta

“Kalaulah boleh begitu, tetapi hakikatnya tidak,” katanya, merujuk kepada kekangan undang-undang, geopolitik dan praktikal yang terbabit.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau secara ringkas untuk mengesyorkan Indonesia terhadap langkah Iran mengenakan caj di Selat Hormuz.

“Kita berada di laluan perdagangan dan tenaga global yang strategik, tetapi kita tidak mengenakan caj kepada kapal yang melalui Selat Melaka. Kini Iran sedang melihat untuk mengenakan caj ke atas kapal di Selat Hormuz,” kata Dr Purbaya.

Beliau berkata, segala urusan berkaitan Selat Melaka perlu membabitkan Malaysia dan Singapura sebagai negara pesisir lain di sepanjang selat itu.

“Jika kita bahagikan kepada tiga antara Indonesia, Malaysia dan Singapura, mungkin jumlahnya besar juga, bukan?” katanya secara berseloroh.

Namun, Dr Purbaya menegaskan Indonesia tidak akan cuba mengkomersialkan laluan perkapalan antarabangsa tersebut sekaligus menarik balik idea tersebut.

Selat Melaka sepanjang kira-kira 900 kilometer menghubungkan Asia dengan Asia Barat dan Eropah serta mengendalikan kira-kira 25 peratus perdagangan global.

Laluan ini merentasi antara Pulau Sumatera di Indonesia dan Semenanjung Malaysia sebelum menyempit ke Selat Singapura antara Singapura dan Indonesia, selain dikawal oleh prinsip keterbukaan serta kebebasan pelayaran di bawah undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) memaklumkan ketegasan dalam keselamatan di Selat Melaka dan Selat Singapura bergantung kepada kerjsama bersama tiga negara pada 17 April lalu susulan Mesyuarat ke-34 Jawantankuasa Dana Bantuan Navigasi.

“Sebagai salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia, keselamatan di Selat Melaka dan Selat Singapura bergantung kepada infrastruktur yang boleh dipercayai serta mendapat kerjasama antarabangsa yang berterusan,” menurut MPA.

Katanya, Indonesia, Malaysia dan Singapura sudah “menegaskan semula komitmen untuk memastikan Selat Melaka dan Selat Singapura kekal terbuka dan selamat, selaras dengan undang-undang antarabangsa.” – AGENSI

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *