Persidangan DUN Negeri Sembilan dibuka hari ini

SEREMBAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 membuka tirai hari ini, dengan istiadat pembukaan rasmi disempurnakan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Baginda dijadual menyampaikan titah diraja bersempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat itu selepas 10 pagi ini.

Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Tuanku Muhriz turut dijadualkan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai tiga pegawai serta 103 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin.

Persidangan DUN dijadualkan berlangsung selamat empat hari bermula hari ini sebelum disambung semula pada 27 April ini.

Negeri Sembilan mempunyai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *