Polis Cedera Diserang Beruang, Mayat Wanita Hilang Ditemui di Iwate

MORIOKA, Jepun – Seorang anggota polis cedera selepas diserang seekor beruang ketika menyertai operasi mencari wanita hilang, yang akhirnya ditemui meninggal dunia berhampiran lokasi kejadian.

Mangsa serangan ialah anggota polis berusia 56 tahun, manakala wanita yang dicari merupakan individu yang dilaporkan hilang dengan seekor beruang betina turut terlibat dalam insiden tersebut.

Kejadian berlaku pada Selasa dalam satu operasi mencari dan menyelamat.

Insiden berlaku di kawasan anak sungai di Shiwa, wilayah Iwate, timur laut Jepun.

Kes dipercayai berkait dengan konflik antara manusia dan hidupan liar, khususnya peningkatan kehadiran beruang di kawasan tersebut yang semakin membimbangkan.

Polis yang terlibat terserempak dengan beruang betina sepanjang kira-kira 1.3 meter sebelum diserang, menyebabkan kecederaan pada lengan dan muka.

Beruang tersebut kemudian ditembak mati oleh pemburu yang turut serta dalam operasi.

Mayat wanita yang hilang ditemui berhampiran lokasi kejadian, manakala pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut termasuk kemungkinan kematian akibat serangan beruang.

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *