KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata api pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, Kuala Krai semalam.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan itu dilakukan pada jam 6.45 petang semalam menerusi Ops Bersepadu Khazanah melibatkan Batalion 8 PGA bersama Jabatan Perhutanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan.
Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi.
“Pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan di dalam rumah terbabit. Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan lima laras senjata api pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah kesalahan berkaitan Akta Senjata Api 1960 manakala barang kes dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L