Tangki hidraulik mesin pengikat besi meletup, empat pekerja cedera di Gebeng

KUANTAN – Empat pekerja sebuah kilang besi cedera selepas tangki hidraulik mesin pengikat besi meletup di kawasan perindustrian Gebeng, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu membabitkan seorang warga tempatan dan tiga warga asing berusia antara 29 hingga 49 tahun.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada letupan peralatan industri, iaitu tangki hidraulik mesin pengikat besi di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata seorang mangsa dilaporkan cedera parah, manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menggunakan ambulans syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, katanya pihak polis kini bekerjasama dengan pihak berkaitan, termasuk pengurusan kilang serta agensi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *