JASIN – Polis mengesan seorang pemandu lelaki sebuah bas ekspres serta seorang wanita yang dipercayai kenalannya bagi membantu siasatan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan kejadian memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di daerah ini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superitendan Lee Robert berkata, video berdurasi lapan saat yang dimuat naik di Facebook itu menunjukkan wanita berkenaan duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 April lalu kira-kira jam 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan dan rakaman video kejadian itu dikesan tular 13 April kira-kira jam 5.30 petang oleh pihak polis.
“Sehubungan itu polis memohon kerjasama individu yang terlibat dalam uah Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Lee berkata, perbuatan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L