KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung hantaran tular berunsur penghinaan itu pada jam 1.30 pagi Ahad lalu, yang dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama “Sakti Sakti Sakti”.
Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth menahan seorang lelaki berusia 47 tahun pada jam 8.32 malam semalam di Butterworth, Pulau Pinang.
“Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo 29T yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau permusuhan atas alasan agama, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Fadil turut menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R) me media sosial sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L