Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Melaka

MELAKA – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi Jalan Ong Kim Wee, Gajah Berang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Tengkera bersama pegawai penyiasat dan anggota forensik digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut, manakala pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tengkera yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berusia 50 tahun itu telah meninggal dunia.

“Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *