Amazfit T-Rex Ultra 2: Jam tangan titanium untuk sukan ekstrem

KUALA LUMPUR – Jenama boleh pakai pintar global terkemuka, Amazfit, telah mengumumkan pelancaran Amazfit T-Rex Ultra 2 di pasaran tempatan, iaitu merupakan ahli terkini dan paling canggih dalam barisan siri T-Rex yang dibina khas untuk persekitaran ekstrem.

Jam tangan pintar berkenaan menggabungkan bahan premium bagi menahan keadaan keras sama ada di atas mahupun di bawah permukaan air.

Reka bentuknya menampilkan paparan AMOLED 1.5 inci yang dilindungi kaca nilam tahan calar serta dipadankan bersama bezel dan bahagian belakang casing daripada titanium Gred 5.

Bagi peminat sukan air dan selaman, peranti itu menyokong rintangan air tahap 10 ATM.

Ia juga hadir dengan pensijilan menyelam berganda yang menyokong penggunaan bawah air dan aktiviti luar yang mencabar.

Kelebihan utama model ini terletak pada ketahanan baterinya yang mampu bertahan sehingga 30 hari dalam mod jam tangan pintar.

Dengan sokongan lebih daripada 50 jam untuk penjejakan GPS berterusan, ia dibina khusus bagi menampung pengembaraan berbilang hari tanpa kompromi.

Ketua Pemasaran Global di Amazfit, Scott Shepley berkata, pihaknya menumpukan pada pembangunan jam tangan untuk mereka yang bergantung pada navigasi dan ketahanan dalam persekitaran yang mencabar.

Beliau berkata, ia direka bentuk bagi laluan panjang dan kompleks di mana persediaan serta kebolehpercayaan adalah sangat penting.

Untuk penerokaan yang lebih bebas, jam tangan itu dilengkapi storan terbina dalam sebesar 64 GB. Ruang storan besar ini membolehkan pengguna menyimpan peta, muzik, dan aktiviti secara terus tanpa memerlukan sambungan kepada telefon pintar mereka.

Inovasi taktikal turut disepadukan melalui ciri lampu suluh dwi-mod terbina dalam yang mempunyai tahap kecerahan boleh laras serta isyarat SOS kecemasan.

Lebih unik, peranti berkenaan mempunyai sokongan lampu hijau gangguan rendah yang membolehkan skrin dibaca dengan jelas walaupun ketika pengguna memakai gogal penglihatan malam.

Dari segi pengurusan laluan pintar, alat ini memperkenalkan amaran Paparan Titik Semak dan Peringatan.

Fungsi itu membolehkan pendaki menetapkan peristiwa penting sepanjang laluan seperti lokasi sumber air, tempat perlindungan, atau sasaran ketinggian bagi merancang perjalanan dengan lebih teliti.

Untuk metrik prestasi yang lebih tepat, peranti itu menawarkan ciri rentak yang diselaraskan gred di kawasan berbukit. Ia turut menyokong rakaman memo suara semasa latihan, selain dilengkapi pembesar suara dan mikrofon terbina dalam untuk panggilan Bluetooth dan amaran boleh didengar.

Segala data kesihatan dan kecergasan yang direkodkan oleh jam tangan itu akan disepadukan secara lancar dengan aplikasi Zepp. Aplikasi berkenaan memberikan pandangan menyeluruh mengenai latihan, tahap pemulihan, corak tidur, pemakanan, dan kesihatan keseluruhan pengguna.

Amazfit T-Rex Ultra 2 kini ditawarkan pada harga runcit RM2,399 di pasaran Malaysia. Pengguna boleh membuat pembelian secara terus melalui laman web rasmi atau menerusi rakan kongsi runcit dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan TikTok.

Pembeli awal bermula 20 hingga 23 Februari 2026 berpeluang menikmati harga pengenalan istimewa iaitu RM2,299.

Semasa tempoh pelancaran terhad ini, pelanggan juga akan menerima hadiah percuma eksklusif termasuk kemeja-T Amazfit, botol gelas dan jaminan lanjutan tambahan selama satu tahun selagi stok masih ada.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *